Wednesday, November 4, 2009

Get Carbon 4' Teen Caller Ringtones!


Category: Music
For Celcom users :

1. July 24th (Chorus)
type CMT 69397 & send to 22990

2. It's Not Now (Chorus)
type CMT 69398 & send to 22990

3. Lalalui

4. Wait & See

More songs will update later!


For Maxis users :

We will publish the code asap!

Sunday, November 1, 2009

My Wedding Announcement!

Hehe... with joyful hearts we ask u to be present at the ceremony uniting Muhamad Hafiz & Nursyafiza. On saturday, The Nineteenth of December Two Thousand and Nine at One O' Clock in The Afternoon. No 41, Jln Bendahara 10/5, Tmn Bendahara, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.

Apis C14

Friday, October 30, 2009

Improve Stage Act! Go C14! Go Punk Rock!

Salam kawan-kawan,

Kali ini pula aku membawakan tips dan idea bagaimana untuk kita memperbaiki atau meningkatkan lagi mutu persembahan pentas. Sebenarnya aku tulis ini untuk memberi motivasi kepada barisan Carbon 4' Teen tapi bila difikirkan balik apa salahnya kalau aku kongsi dengan korang kan? Untuk memudahkan kerja, aku copy paste jer dari sent box kat myspace C14. So korang bolehlah gantikan beberapa perkataan yang lebih relevan untuk menghayati tips yang diberikan ini.

1. Jangan! :
  • Bunyi gitar/bass terlalu kuat sehingga menenggelamkan bunyi instrument yang lain. Ko bukan main solo! ko C14 beb....
  • Tanya, "lepas ni lagu apa?". Sila tengok setlist lah giler...
  • "Aku tak pandai main lagu ni, kita main lagu lain lah..". Bengong ko ni! Bila pulak kita main lagu yang kita tak pandai main? tengok balik setlist tu..
  • Tengok Epul atau Drummer apabila count. Dengar dia count tak perlu tengok. Dalam show mesti peka bukan pekak.
  • Dah abis lagu seperti yang dirancang, tak payah sibuk mainkan beberapa kord lagu kecuali tuning. Sebab tu aku nak korang kena ada tuner sorang satu. Kalau boleh beli tuner mahal sikit. NO VOLUME TUNING please..
2. Setlist Management :
  • Kautim dengan organiser untuk menghasilkan setlist yang seiring dengan masa yang diberikan kepada kita.
  • Setlist ditulis dengan perkataan yang jelas dan mudah difahami.
  • Beri setlist sorang satu termasuk soundman dan jangan kongsi.
  • Paparkan setlist kat tempat yang mudah dilihat.
3. Audience Communication :
  • Berinteraksi dengan penonton secara mesra.
  • Jangan terlalu banyak cakap benda yang mengarut. sikit-sikit tu takper la... ini bukan talk show!
  • Jangan bercakap di microphone apabila barisan sendiri sedang bercakap di microphone. Ini yang dimaksudkan cross-talk! lama kelamaan boleh jadi macam pasar ikan.
4. Instruments & Gear :
  • Sebagai gitaris, ko pun tahu masalah teknikal memang suka berlaku time show. time jamming ok je kan? betul beb... So periksa gitar korang terlebih dahulu. Di masa lain, aku try kupas perkara ini dengan lebih terperinci. kang 14 ratus pages pula aku kena taip..
  • Bawa gitar gantian kecuali ko boleh ganti tali gitar semasa ko bermain gitar. boleh? wah... terer sial....
5. Sound System Management
  • Melantik soundman atau crew untuk setiap show korang. Ini bukan pasal DIY ke tak DIY. Ko boleh ke adjust bunyi/sound time ko tengah main? In case ko tak sempat melakukan sound check. Atau sebenarnya ko peka tak time sound check tu? hehehe...
  • Sambil kau dok pikir sound ko cam tak best ditengah-tengah persembahan, dah tentu ko tak fokus nanti.. silap-silap terus ke laut...
6. Dramatik dan Gimik!
  • Main dua lagu sekaligus! satu cara untuk jimat masa dan kasi nampak pro dan bersedia!
  • Quick count! lebih kurang cam atas tapi abis lagu terus count! ingat! jangan tengok drummer! sila dengar dan peka!
  • Ubahsuai killer song! dimulakan dengan chorus ke atau part-part lain yang ditambah sendiri. Yang penting buat kelainan ikut kreativiti ko..takkan nak ajar kot..
  • Apa-apa jer idea yang lebih baik untuk publisiti sehingga dapat perhatian ke gig akan datang.
  • Pastikan murah dan berkesan... Ko punya gimik telah belanja ribu-ribu... hahahahaha... kalau ko kaya nak mampos, suka ati la.
7. Atasi "stage nerves"
  • Jangan praktis sampai perfect! tapi praktis sampai ko rasa tak akan buat silap. Mencari perfect tu macam skema dan menghafal... kaku dan tak Punk Rock la bro!
  • Jangan tarik nafas panjang dan dalam-dalam sebelum dan semasa atas stage. Perbuatan tersebut lagi akan membuat muka ko nampak gabra cam mayat pakai bedak..
  • Bayangkan audien sedang berbogel! hahahahahahahaa....
  • Dadah dan alcohol tidak membantu anda! so takyah dan jangan ngada-ngada nak amik benda ni...
  • Terima hakikat yang ko dah buat silap. Jangan geleng kepala sebab kebanyakkan orang tak perasan ko tergelincir kord atau buat silap. ko senyum jer... Kalau ko buat muka silap memang terus kantoi bodo la nanti.
  • Ingat last show korang yang paling best dan menyeronokkan!
  • Bayangkan audien tu kawan-kawan yang se-giler dengan ko.
  • Pakai pakaian yang selesa dan tak buat ko down! Rancang kostom ikut tema show pun ok gak. Contohnya pakai baju hawaii time Tribute to Bob Marley atau reggae fest.. atau lain-lain. Jangan pakai pakaian yang nak nampak ko ni macam roadie yer...
8. Customize :
  • Bass drum skin! buat logo band korang kat situ.. nampak cam pro beb!
  • Guitar kasi nampak cool! letak stiker-stiker yang best-best..
  • Amps pun bole bikin kasi nampak cool!
  • Guna projektor pun ok...
  • Apa kata buat official backdrop untuk band korang sendiri.. baru stylo!
9. Enjoy!
  • Menjadikan stage tu tempat korang meluahkan keseronokkan.
  • Mimik muka dan gaya posisi memainkan peranan penting, kalau boleh drummer pun sing-a-long sekali walaupun takde microphone vocal disitu.
  • Jangan over sangat plak.. orang mungkin akan meluat nanti.
OK! aku rasa ini jer yang aku boleh kasi kat korang. Yang lain tu boleh lah tambah-tambah sendiri atau kasi aku idea untuk tambah point kat sini. kalau ko rasa tips aku ni ngarut.. takyah ikut.. Punk Rock is you! Terima kasih dan bai bai!!!!

Tuesday, October 27, 2009

Ralat : Interview with Skunkfix

Guys! here I would like to apologize regarding the interview with Emy from Skunkfix on the question No 10.

Mr Pek Thong is the one who design MxPx's flyer told me that there is no sponsors body involved on the MxPx Show at One Cafe, Kuala Lumpur. Plus, the words "All Stars" on the flyer is actually requested by an agent of MxPx because of Kris Roe (The Ataris) and Christ Wilson (ex-Good Charlotte) is joining the band. Plus I guess, they (MxPx) got endorsed from the All Stars brand for this tour. Ntah la... Yang penting kita ENJOY!

........................................................................................................................

October 13 at 10:37am
Pek Thong
Pek Thong
shazwan: haha alah gua mengikut arahan dan syarat2 yg kena ada dlm poster ni. advertising punya term kena follow le. lagipun utk magazine, kena masuk dlm type area. kena kemas sikitlah... ah lu mcm tak faham2. haha... ada lg flyer rare punya, tgu yer.

...........................................................................................................................


Anthony Apis Sly October 27 at 12:48pm
All stars tu permintaan MxPx utk diletakkan dalam flyers la eh?
Pek Thong October 27 at 1:02pm
a ah wajib ada, gambar tu semua. gua bikin je...

Monday, October 26, 2009

Carbon 4' Teen songs at Reverbnation!

Visit Carbon 4' Teen at Reverbnation!

www.reverbnation.com/carbon4teen


Carbon%204%27%20Teen
Quantcast

Thursday, October 22, 2009

Lyric : I'm sorry by Northern19

Artist : Northern 19
Title : I'm Sorry
Duration : 0 : 00 : 54

Please tell me, what do you think about now? Tell me.
How do you live in everyday?
If the wish comes true, I wanna say"I'm sorry"
I want to come back in those days.
I wanna come back to us in those days.
And I say"I'm sorry"

Review :
You just only need to spend 54 secs to this Melodic/Punk Rock tunes and I think it's enough to bleed your ears!

Tips berhenti merokok!


Hello kawan, tulisan saya kali ini adalah memberi tips bagaimana untuk berhenti merokok. Saya tahu ramai dikalangan kawan-kawan kita mahu berhenti merokok tetapi tak tahu nak bermula dari mana. Jadi saya harap dengan tulisan ini, ia dapat memberi idea kepada anda untuk berhenti merokok.

1. Beritahu kawan-kawan
2. Buang faktor merokok
3. Berdamping dengan orang yang tidak merokok
4. Tempat yang tidak boleh merokok
5. Beri hadiah untuk diri sendiri
6. Aktif bersukan
7. Minum jamu.. hehe..
8. Meluangkan masa dengan efektif


Tips 1 : Beri keyakinan dalam diri anda bahawa niat berhenti merokok adalah perkara yang paling cool untuk anda lakukan. Pastu jerit, kami tak hot! kami cool.. eh cam kenal je tagline ni. Niat je apa barang bro... beritahulah teman-teman rapat anda yang anda mahu berhenti merokok.

Cara best
A : Bro, Aku nak berhenti merokok lah..
B : Kau nak berhenti merokok? hehehe.. ok.
A : Weh.. ini betul-betul lah.. bukan cobaan..
C : marah nampak?
A : Kalau kau nampak aku hisap rokok.. terajang muka aku..
B : Yes!!!!!! jom buat surat agreement!
C : aku pun dah lama nak terajang muka ko.. cuma takde point jer..

Tips 2 : Bila anda sudah membuat pengisytiharan. Buang lah benda yang akan menyebabkan anda merokok. Contohnya Rokok (of coz lah.. jangan kasi member! buang je terus!), ash-tray, lighter, bau bilik di spray dengan pewangi yang menyamankan. Satu benda je anda tak boleh buang, member anda yang perokok tadi. kang saper nak terajang muka anda kalau anda ingkar?! hahahahaa...

Tips 3 : Berdamping dengan orang yang tak merokok pun salah satu cara gak. Time ni nama-nama yang terpancul dalam otak saya mestilah Ein Second Combat, Pali, Emy Skunkfix, Min Naratu dan sesiapa SXE yang boleh untuk dijadikan member rapat. Nak lagi power, berkenalanlah dengan hardliner. Beritahu juga kat diorang ni anda dah berhenti merokok. Jadi makin ramai lah yang boleh terajang muka korang..

Tips 4 : Pergilah melepak di tempat-tempat yang tidak boleh merokok. contohnya, panggung wayang, hospital, balai polis, stesen minyak, tempat hardliner berkumpul, dan lain-lain lagi. kalau anda suka pergi gigs, jangan risau.. sudah banyak tempat gig yang tidak boleh merokok. Nak makan tapak kaki? sila jangan degil! ko yang nak berhenti rokok kan?

Tips 5 : Kalau anda dapat bertahan untuk tidak merokok bagi sesuatu tempoh yang telah ditetapkan, beri ganjaran kepada diri sendiri. Buat secara berperingkat, contohnya secara mingguan, bulanan dan akhir sekali secara tahunan. Ganjaran tersebut mesti bernilai dengan harga rokok yang patut anda membazirkan dahulu. Satu kotak rokok untuk 2 hari, kalau sebulan dah berapa beb? Sebulan boleh beli majalah ROTTW satu bundle! silap-silap Kereta Skyline GTR pun anda boleh dapat. saya pun dah berangan dah ni..

Tips 6 : Aktif bersukan! Pergilah berjogging ke apa ke.. saya syorkan anda pergi berjogging kat Taman Jaya Petaling Jaya. Di situ ramai awek-awek universiti dan bakal nurse berjogging. Diorang dah tentu tak suka lelaki yang hisap rokok kerana dah terpedaya dengan buku teks mereka. Tengok! best tak berhenti merokok? hehe.. gatai..

Tips 7 : Minum jamu! hahahahahaa.. apa korang ingat orang lepas bersalin je ada minum jamu?Korang pun tak terlepas dari minum jamu. Jamu paling best ialah, dibuat daripada air perahan tembakau, korang minum! Confirm! lepas ni, korang tak suka bau tembakau lagi... weh saya tak pernah buat benda ni. saja main-main.. abaikan tips ni.. :-)

Tips 8 : Buat satu jadual yang padat untuk diri sendiri. tiada satu minit pun untuk dibazirkan. kalau ada masa terluang dah tentu anda nak pergi hisap rokok. Ingat jangan tidur lewat! ini pun faktor anda akan merokok.. nak tidur lewat jugak takper, sila pastikan budak yang boleh terajang muka korang tu belum tidur lagi. kalau kesemuanya tak boleh pakai, korang hendaklah melengahkan masa untuk merokok sekurang-kurangnya 10 minit. Hasrat merokok anda mungkin akan terpadam dengan niat bersungguh-sungguh anda untuk berhenti rokok tadi.

Kesimpulan : Ok bro & sis! ini lah dia tips untuk anda yang nak berhenti rokok. saya harap anda mampu lakukan! apa-apa pun ia memang sangat bergantung kepada niat dan usaha diri sendiri.. kalau tak pasang niat, kasi lah berapa banyak tapak kaki kat muka sekalipun, memang tak jalan punya. Amik je la rokok tu.. hisap je.. suka ati korang lah! :-)