
Hik hik.... (sound effect gambar di atas). Secara rasminya split EP Carbon 4' Teen & T.I.M akan dilancarkan pada 24hb Disember 2010. Pelancaran ini dibuat serentak bersama Soul Savior yang juga baru menghasilkan EP yang pertama mereka. Turut serta, Faded Face jaguh punk rock dari Terengganu semenjak 90-an. Dum Dum Tak, band yang tak perlu aku huraikan lagi kerana kitaorang menumpang populariti mereka untuk mempromosikan split EP ini. Akhir sekali, Tetamu kehormat kita ialah Jim Straub, editor Ride On Zine dari U.S.A! Sempena hari raya krismas yang sudah hampir ini, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Nervhous Records dan Red Ink Entertainment diatas usaha mereka dengan menggabungkan Carbon 4' Teen dan T.I.M. buat pertama kali! Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang membantu dan menyokong kami.. Ini adalah hadiah hari raya dan tahun baru untuk semua!

0 comments:
Post a Comment