Sunday, January 30, 2011

Carbon 4 Teen's tenth anniversary!

Yang dihormati

Tuan Pengerusi, Naib Pengerusi kerusi meja dan ahli jawatankuasa yang tak beberapa berkuasa, serta rakan-rakan yang selain bernama rahmat tetapi masih dirahmati oleh tuhan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada ilahi kerana dengan takdir-Nya telah menyebabkan kami berkecimpung dengan Punk Rock sekaligus memanjangkan usia Carbon 4' Teen (C14) dan tahun ini C14 telah menjangkau usia 10 tahun. wow!!!! =_=" eleh biasa je..

Keduanya, tidak lupa juga kepada organisasi Freemason yang kononnya telah mencipta Punk Rock untuk melalaikan segenap umat manusia. Terima kasih Freemason, you rock!

Lalai! lalai! lalai! ya kami telah lalai! hooray! Sampai anniversary ke sepuluh pun kami terlupa yang sepatutnya kami meraikannya pada bulan lepas. Eh ke 2 bulan lepas.. =_="

Saudara dan saudari sekalian,
Selain daripada sokongan saudara dan saudari sekalian, pencapaian C14 untuk menjangkau usia 10 tahun ini adalah hasil daripada sokongan tempat rekording dan gig yang masih berleluasa dan menjadi-jadi. Tahniah kami ucapkan, sehingga tahun ini kami tak pernah mengharapkan menerima sebarang anugerah khidmat cemerlang dan kami masih setia menjadi pengguna terhadap band kami sendiri. Ini adalah berkat kesabaran dan semangat "lantak korang lah nak cakap apa.." yang kami terapkan di dalam C14. Justeru itu, kami berharap tahun ini kami dapat menjalankan aktiviti yang sama seperti tahun-tahun sudah, seterusnya dapat mengembling tenaga untuk memantapkan lagi persembahan kami.

Saudara dan saudari sekalian,
Hakikatnya kita masih sedar.... dan terus sedar! Kitalah juara! maafkan saya, maksud saya kita mesti sedar cabaran masa kini terhadap Punk Rock adalah juga membimbangkan. Kegiatan seperti penyebaran virus -ism, labeling, anti-(nama kau), tuding menuding jari termasuk middle finger, kentut ke muka orang lain, tikam belakang, dan lain-lain. Perkara-perkara seperti ini lah yang boleh menjatuhkan kita sehingga menyebabkan Punk Rock tidak begitu seronok. Dalam konteks Punk Rock sebagai medium membuat kawan, dan ada segelintir mungkin menjadikan jaringan Punk Rock sebagai jaringan Multi Level Marketing, itu lantak kau lah. Apa yang saya mahu tegaskan disini, hentikan lah permusuhan. Kita adalah makhluk kerdil yang tumpang di dunia ini buat sementara, kalau dunia ini lama pun.. kau pun bukan hidup lama.

Saudara-saudari sekalian,
Punk Rock ini mudah.. jangan pening-pening kepala. Korang buatlah apa yang korang rasa nak buat. Asalkan ia tidak membawa kepada kebencian terhadap sesuatu kelompok manusia. Peace, love and unity lah senang cerita. Di akhir kata, ada sesiapa yang nak beri hadiah ke atau nak belanja makan malam, nak belanja gunting rambut, nak ajak dating, nak romen.. opss salah patutnya "komen", nak ajak pergi cari "pantat" kuta (kepada mereka yang memahami sahaja), nak add as friend, nak ajak minum-minum di Jalan Alor, nak taknak, nak apa-apa aja dan lain-lain sempena anniversary C14 ke-sepuluh atau bila-bila masa adalah dialu-alukan.

Sesungguhnya yang buruk itu dari kami dan baik itu datangnya dari Allah SWT.

Bye!

1 comments:

Ida said...

cam haram entri ni!! hahaha

Post a Comment