Wednesday, April 27, 2011

Review : C14 / TIM split EP by ROTTW

CARBON 4’ TEEN / T.I.M

CRYPTO-SOLDIER AND THE PROMISE LAND

RED INK ENTERTAINMENT / NERVHOUS RECORDS

Split EP ini menggabungkan dua buah band di bawah Red Ink Entertainment dan Nervhous Records yang begitu aktif dalam sirkit muzik bebas, Carbon 4’ Teen dan T.I.M. Trek pertama Carbon 4’ Teen, “Envious” lebih mengarah kepada pop punk dari pengaruh-pengaruh yang sering disebut-sebut mereka seperti NOFX, Rufio, Lag Wagon dan Rx Bandits dengan vocal clean Apis. Trek keduanya rancak, dan ia sebenarnya lagu berbahasa melayu yang baik tulisannya dan jika mereka bereksperimen dengan lebih banyak lagu berbahasa melayu, maka ia lebih menyerlahkan penampilan Carbon 4’ Teen. Ia Nampak jelas pada trek keempat “The Betrayal Song” (Lagu melayu sebenarnya, jangan tertipu), sebuah lagu yang pendek tetapi padat dengan tema kecurangan dan pengkhianatan. Pertama kali saya diperkenalkan dengan band T.I.M ialah melalui kompilasi Senandung Pawer Kord membawa cover Sheila Majid iaitu “DIA” dengan baik sekali. Gaya ini dibawakan sekali lagi melalui trek berbahasa melayu, “Lesu”. Saya tak pasti jika ianya juga sebuah cover tetapi melodi gitarnya baik, dengan penggunaan lirik dan pembawaan vocal yang memang ada gaya-gaya pop melayu 1980’an. Trek “Sparks from up high is the way to go” ialah sebuah lagu punk rock yang rancak dengan breakdown metalcore di hujung-hujung lagu secara tiba-tiba. Okay, sekurang-kurangnya mereka tidak mengambil terlalu serius akan pembawaan mereka dan agak ‘fun’ sebenarnya. “Bertaut Berpaut” sekali lagi sebuah lagu melayu yang baik karangannya dari T.I.M. dengan line gitarnya pasti mengingatkan lagu-lagu pop punk yang klasik. Cuma rakaman T.I.M. kurang memuaskan, Nampak seperti rakaman sendiri di rumah. Ada bahagian dramnya menggunakan Drum Machine yang lebih baik jika dimainkan oleh pemain dram sebenar. Rakaman Carbon 4’ Teen bagaimanapun kena dengan gaya punkrock-nya, walaupun adakalanya saya rasa muzik pop punk seperti Carbon 4’ Teen menuntut teknik rakaman yang lebih bersih. NAZRI AHMADEUS

0 comments:

Post a Comment