Sunday, October 30, 2011

1 Malaysia, 1 Nusa, 1 Bangsa.

Apabila anda gembira tepuk tangan! kenapa? sebab Superman Is Dead best!

Sekitar peristiwa "sebelum, semasa dan selepas" SID berlangsung :

1. Aku sampai ke Ovo Bistro awal sangat.. lepas tu bosan sorang-sorang. Nasib baik jumpa Ebi JCL selepas 15 minit di Ovo Bistro, selamat aku dari bosan.

2. Restoran Kalifah, restoran pilihan pengunjung pada hari tersebut. Walaupun restoran ini bernama kalifah tapi restoran ini tidak mempunyai surau. Memang lah takde surau sebab ejaan yang sepatutnya ialah "Restoran Khalifah".

3. Jumpa Habib One Cafe sebagai penjaga pintu. Aku tak pasti sama ada beliau bekerja di Ovo Bistro atau kedatangan beliau adalah disebabkan penyakit tempat kerja lama yang terbawa-bawa sehingga ke Ovo Bistro.

4. Ada "outsider" secara sengaja pijak kaki aku dengan niat buat aku marah la kononnya. alamak, malas layan.. aku senyum jer. Selang 30 minit, aku nampak dia dah terbaring kat lantai. Ngantuk kot.. =_="

5. Jumpa Emy Skunkfix di Ovo Bistro! ini sangat rare! hahahahaaha...

6. Aku bawa kamera DSLR Camera tapi tak pandai guna.

7. Aku, Ebi, Tobek dan kawan-kawan tumpang solat maghrib di Car Wash bersama-sama pekerja warga Indonesia di situ. Tak perlu slogan 1Malaysia atau 1 Nusa, 1 Bangsa. Ya, solat menyatukan umat tanpa sempadan.

8. Aku bertegur sapa dengan Fara. Hik hik... yang tahu tu tahu la... Ok ni kena buka thread baru.

9. Jumpa kawan-kawan lama dari Johor Bahru. :-)

10. Tu je kot...

0 comments:

Post a Comment