Monday, January 2, 2012

Antara Angin & Ombak Rindu.

1. Dalam filem Ombak Rindu, Aku tak biasa tengok Lisa Surihani berlakon watak macam tu. Sebab sepanjang kami saling mengenali, Lisa Surihani tak macam tu.

2. Aku dah tanya kat isteri aku untuk berkahwin lagi. Aku minta untuk berkahwin denga Lisa Surihani sahaja. Atas sebab-sebab tertentu, permintaan aku telah ditolak.



Gambar Hiasan : Mail Ombak Rindu bersama band beliau, Soul Savior.

3. Dalam kes no. 2 diatas. Aku rasa, Yusry KRU sangat bernasib baik, kalau isteri aku setuju aku kahwin dengan Lis (panggilan manja aku kepada Lisa Surihani), mesti lah yusry tak dapat kahwin denga Lis.

4. Dalam kes No.2 diatas juga, aku tak berminat untuk kahwin lagi selain daripada Lis. So korang tak payah lah menyamar atau guna photo Lis kat Facebook untuk tarik perhatian aku. Aku boleh 3G atau Skype kat Lis terus. tapi sekarang tidak lagi.. aku harap Lis bahagia disamping Yusry yang tercinta (paksa-rela).

5. Aku tak berapa kenal Yusry KRU walaupun tahu lagu fiona dari 4u2c. tapi Yusry mesti dapat tahu tentang keperibadian aku melalui Lis. Mesti lah Lis akan meletakkan syarat kepada Yusry tentang lelaki macam mana yang Lis minat. Aku harap Yusry dapat buat sedikit perubahan demi Lis, dengan menjadikan aku sebagai role model.

6. Ramai yang kawan-kawan aku pun minat dengan Lis juga. aku baca status diorang kat FB.. aku senyum jer. Lantak lah korang!

7. Aku tahu kalau korang baca entry ni mesti gelak-gelak cakap aku berangan bukan-bukan. Walaupun sebenarnya entry ini serius... well, hanya Johari yang kenal Manikam.

8. Kepada Isteri aku dan Yusry.. jangan risau.. jangan lah rasa tergugat. sebab style aku ni, chill je. aku takkan rampas Lis daripada Yusry. Aku tetap hormat pendirian isteri aku dengan tak benarkan aku berkahwin dengan Lis. seterusnya, aku dapat melupakan Lis.

9. Semoga kita dapat mengekalkan hubungan kita sesama makhluk ciptaan Allah. Yang lebih utama kita sama-sama cintakan Allah yang maha Esa!

10. Amin!

0 comments:

Post a Comment